21 February 2015

Baby baru

Assalamualaikum.


Haaaaaa!

# ekor mmumy rabbits ada sekarang ni. Selang sehari. Gambo akan diupdate nanti ^^


♥ Sayang Bibit dan Meow ♥
Jumpa lagi!

06 January 2015

RIP Snowball

Assalamualaikum.

Snowball pergi menemui sang Pencipta pagi tadi. Tak tahulah kenapa, tiba-tiba je.

RIP Snow. You'll be miss...


Snow tinggalkan 7 ekor anak-anak. Ada tiga ekor yang bulu macam dia, tapi yang putih bersih seekor sahaja.


♥ Sayang Bibit dan Meow ♥
Jumpa lagi!

16 December 2014

Pikko-boo, Nanti kita jumpa lagi...

Assalamualaikum.

Pikko-boo dah takde. Mati pada 19 Julai 2014. Bela dia selama 4 tahun. Tenanglah Pikko. Sayang sangat Bubu...







Kucing kesayangan. Tidur pun bersama-sama. Miss you Bubu...


♥ Sayang Bibit dan Meow ♥
Jumpa lagi!

Cicik Comel!

Assalamualaikum.

Lama betul tak bercerita tentang anak-anak dekat rumah ni. Hari ni nak bercerita tentang Cicik. Dialah kucing paling muda :)






Kisahnya kami dengar kucing mengiau depan rumah bulan puasa lepas. Masa tu malam-malam selalu hujan. Panggil beberapa ketika, si kecil ni pun keluar daripada persembunyian dia. Memang lapar masa tu. Kami bawa masuk dan bagi kibbles dan air.

Mungkin sebab dalam rumah ni memang banyak kucing, si kecil keluar, lari bersembunyi. Selama tiga hari tiga malam, kami panggil dan bagi makan, dan dia akan lari semula. Hari keempat, dia dah mula rasa selesa. Kucing-kucing dekat rumah ni pun dah ok, cuma si Kobis yang masih marah dan cuba kejar-kejar si kecil. Disebabkan umur dia masa tu dalam 2 bulan, kami terus panggilkan Cicik dan melekatla sampai sekarang ni.

Masa kami mula jaga, beratnya dalam 1/2 kg, sekarang ni dah 2.5kg lebih sikit ^^

Cicik ni manja sangat. Kalau dukung dia, dia akan letak kaki depan atas bahu kanan kita dan letak muka dia. So comel. Baik dan bijak. Sejak kami pelihara dia, hanya sekali dia membuang dalam rumah. Lepas tu dah pandai mengiau nak keluar. Sekarang ni keluar masuk ikut tingkap je.

Tak taulah kenapa orang buang kucing secomel dan sebaik ni.

Cicik, we love you! Jangan gaduh-gaduh dengan abang dan kakak meow yang lain ek! ♥



♥ Sayang Bibit dan Meow ♥
Jumpa lagi!

22 November 2014

Arnab untuk dijual

Assalamualaikum.

Terpaksa jual rabbits yang comel dan gebu ni. Sebab dah banyak sangat kat rumah, takut diorang terabai.

Umur 2 bulan dan 3 bulan. Ambil sendiri di Beranang atau terus ke rumah dekat Daching. SMS 013 897 4586





Seekor RM20, bulu panjang RM25

p/s: Owner terlalu busy sekarang ni. Maaf bibit, terpaksa...

Sayang Bibit dan Meow ♥
Jumpa lagi!

29 September 2014

Kenangan anak Koko

Assalamualaikum.

Anak Koko from her 2nd birth. Malangnya tak ada seekor pun yang survive. Masa umur diorang ni 5 minggu, Koko give birth 3 ekor baby. Jadi, terpaksa pisahkan dengan anaknya yang 5 ekor ni.

Mungkin mereka tak cukup nutrisi (sepatutnya breastfeed sampai 8 minggu), seekor-seekor mati. Mungkin stress rindu dengan mummy dia.

Beza tiga hari dengan anak Snowball. RIP semua.






Dalam kenangan Bali dan adik-adiknya :(


♥ Sayang Bibit dan Meow ♥
Jumpa lagi!

27 September 2014

Kenangan Anak Snowball yang 1st. Sekarang yang ada hanya Debab

Assalamualaikum.

Betapa sihat diorang tiga ekor ni, akhirnya Debab je hidup. Puteh dan Bam-bam dah takde.








Debab




Bam-bam

Puteh

Puteh, Debab, Bam-bam

♥ Sayang Bibit dan Meow ♥
Jumpa lagi!